Salah seperti Messi dalam sesi latihan Chelsea -- Felipe Luis

By Ammar Hakim 23 February 2021 8636
Salah seperti Messi dalam sesi latihan Chelsea -- Felipe Luis
Mohamed Salah bermain seperti Lionel Messi dalam sesi di Chelsea dan Jose Mourinho gagal mengeluarkan aksi terbaik bintang itu, menurut bekas pemain Blues, Filipe Luis.

Chelsea mendapatkan khidmat Salah pada Januari 2014 dari kelab Switzerland, Basel.

Tetapi tempoh yang kurang senang buat pemain kebangsaan Mesir di bawah kendalian Mourinho, dengan Salah sekadar turun 10 kali, meledak dua dan melakukan tiga assist sebelum dipinjamkan ke Fiorentina setahun kemudian.

Berhijrah ke Roma dari Viola menyaksikan kemampuannya benar-benar terserlah dalam Serie A hingga meyakinkan Liverpool untuk memberikan peluang kedua dalam bola sepak Inggeris.

Bersama The Reds, Salah menjadi pemenang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Jaura (UCL)< dan Filipe Luis -- yang turut berdepan kesukaran beraksi di bawah pimpinan Mourinho -- berkata bakatnya sentiasa terbukti di Stamford Bridge.

"Saya memenangi liga bersama Mourinho. Tetapi dia tidak dapat menampilkan permainan terbaik saya, sama seperti bersama Salah," katanya.

"Apabila dia berhijrah ke Fiorentina, saya berkata: 'Ke mana anda mahu pergi, Momo? Ini adalah Chelsea.' Dan dia berkata: 'Saya perlu bermain.' Saya berasakan: 'Salah seorang pemain yang bagus.' Dia tidak pernah pergi untuk menang atau gaji yang lebih; dia pergi untuk buktikan dia mampu beraksi. Dalam latihan dia seperti Messi. Betul, seperti Messi. Tanyalah sesiapa."
 

Filipe Luis tiba ke Chelsea pada Julai 2014 selepas memenangi LaLiga bersama Atletico Madrid, di sebalik reputasinya sebagai salah seorang pertahanan kiri terbaik dunia pada ketika itu, Mourinho sekadar memberikan 26 penampilan dalam semua pertandingan dan turun sembilan kali dalam saingan EPL.

"Saya tidak memberitahu kepada sesiapa tetapi selepas tamat perlawanan pertama, saya bertemu dengan [Jose] Mourinho," katanya. "'Boleh saya bercakap dengan anda?' 'Sila masuk.' 'Mengapa anda bawa saya ke Chelsea? Anda membawa saya dari tempat yang suka, di mana saya beraksi setiap minggu. Anda mendapatkan saya untuk bermain. Dan dalam perlawanan pertama bertemu Burnley saya di bangku simpanan. Mengapa tidak tinggalkan saya sahaja di Atletico? Mengapa bawa saya ke sini untuk tidak beraksi?' 

"Dia berkata dia tidak berasakan saya bermain dengan baik dan (Cesar) Azpilicueta berasakan kurang selamat bersama saya. Saya perlu merebut tempat, saya tidak dapat menjangkakan untuk menjadi pilihan pertama, dan melihat semula perkara itu, dia membuat keputusan yang betul.

"Dia (Azplicueta) bermain dengan baik dia tidak memberikan saya peluang. Mourinho kerap melakukan pertukaran jadi saya dapat peluang beraksi tetapi saya tidak turun dalam perlawanan utama kerana pasukan bermain dengan baik. Kami dibarisi pemain berkualiti, Eden Hazard, [Cesc] Fabregas, Diego Costa."

About Author

Ammar Hakim

Comment