Roma perlu mencari alternatif lain selepas menghentikan percubaan mereka untuk mendapatkan khidmat pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez.

Kelab Serie A itu dilaporkan telah menawarkan EURO35 juta (RM176 juta) bagi mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Algeria itu, yang memenangi anugerah Pemain Terbaik PFA pada tahun Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).

Leicester difahamkan menolak tawaran Roma menjelang aksi pembukaan berdepan Arsenal dan bercakap dalam sidang media ketika memperkenalkan pemain baru mereka, Gregoire Defrel, pengarah sukan, Monchi menyatakan bahawa lebih baik jika bertukar arah dan cuba mendapatkan pemain lain.

"Saya seorang yang optimis dalam setiap sudut kehidupan," katanya.

"Roma sedang mencuba yang terbaik untuk menandatangani pemain baru.

"Kami telah berbincang dan hampir bersetuju untuk menawarkan nilai yang besar untuk mendapatkan Mahrez.

"Tetapi kami kini tidak lagi menantikannya, malah cuba untuk mengalih tumpuan dan berusaha mendapatkan pemain lain."