Ole Gunnar Solskjaer berkata Marcus Rashford akan kembali ditimpa kecederaan sekiranya penggempur itu kembali beraksi musim ini dan meragui peluangnya untuk bersama England dalam Euro 2020.

Rashford tidak memperkuatkan United sejak aksi ulangan pusingan ketiga Piala FA, 15 Januari lalu akibat kecederaan belakang.

Penyerang itu dijangka akan terlepas saingan sekitar enam minggu dan diharapkan dia kembali , April depan.

"Dia melalui proses imbasan dan kecederaan itu tampak lebih teruk berbanding jangkaan. Dia dalam keadaan baik beberapa hari sebelum itu," katanya.

"Saya harap dia akan kembali beraksi musim ini tetapi mungkin akan kembali berehat sehingga akhir musim.

"Ia memerlukan masa. Saya bukan seorang doktor tetapi jelas sekali saya berharap dia lekas sembuh."


Aksi pertama England dalam Euro 2020 menentang Croatia di Wembley pada 14 Jun depan tetapi ditanya jika Rashford akan cergas untuk skuad The Three Lions.

"Saya harap dia kembali beraksi sebelum itu tetapi jika tidak cukup cergas, dia tidak akan pergi," tambahnya.

United melakukan perpindahan pengganti Rashford selepas meminjam khidmat Odion Ighalo untuk jangka pendek.

Rakan senegara Solskjaer, Erling Haaland, dikaitkan dengan The Red Devils sebelum menyertai Borussia Dortmund dari Salzburg.

Haaland membuktikan kemampuannya selepas meledakkan 11 gol dalam tujuh penampilan dan Solskjaer gembira untuk melihat pemain berusia 19 tahun itu terus menyinar.

"Kebiaaannya saya tidak berikat kenyataan tetapi sejak kehadiran haaland, saya berbesar hati dengannya," tambah Solskjaer.