Penjaga gol Liverpool Alisson beri penghormatan buat mendiang bapa

By Muzaffar Musa 26 February 2021 2274
Penjaga gol Liverpool Alisson beri penghormatan buat mendiang bapa
Penjaga gol Liverpool, Alisson, berterima kasih kepada penyokongnya susulan kematian tragik mendiang bapa kesayangannya.

Dilaporkan bahawa bapa pemain itu, Agostinho Becker, lemas ketika berenang di rumah percutiannya di Brazil kelmarin.

Individu berusia 57 tahun itu dilaporkan hilang dan selepas proses pencarian, mayatnya kemudian ditemui.

Alisson menciap dalam Twitter semalam dengan berkata: "Saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana memberikan mesej dan penghormatan buat bapa kesayangan saya.

"Keluarga kami berasa disayangi oleh semua! Semoga Tuhan merahmati hidup anda semua!"

Pemain kebangsaan Brazil itu telah beraksi sebanyak 27 kali buat Liverpool dalam kesemua kejohanan musim ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu tewas empat perlawanan berturut-turut dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengakibatkan juara bertahan itu tergelincir ke tangga keenam.
 

About Author

Muzaffar Musa

Comment