Everton mengesahkan Lucas Digne akan menjalani pembedahan ligamen pergelangan kaki yang dialaminya ketika menjalani latihan minggu ini.

Pertahanan kiri itu membuat permulaan yang mengagumkan musim ini di samping James Rodriguez untuk membolehkannya bergerak lebih bebas di bahagian sayap kanan yang merupakan elemen penting mereka setakat ini.

Dalam lapan penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Digne telah mencipta 16 peluang sementara James (18).

Bekas tonggak Barcelona itu telah mencipta empat bantuan gol termasuk dua dalam kemenangan 3-2 ke atas Fulham minggu lalu.

Digne telah memulakan setiap perlawanan musim ini kecuali ketika digantung dalam kekalahan kepada Newcastle United selain dilayangkan kad merah dalam kekalahan 0-2 kepada Southampton pada 25 Oktober lalu.


Rakan senegaranya dari Perancis, Niels Nkounkou, dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkannya.

Bagaimanapun, kemunculan semulannya belum boleh dipastikannya dengan dia dijangka akan pulih sekitar dua bulan.

The Toffees akan menghadapi Leeds United -- hanya melakar dua kemenangan dalam tujuh perlawanan -- dengan reputasi dibolosi 1.9 gol berbanding 1.3 sekiranya Digne diturunkan.