Pedro tidak fikir soal masa depan

By Staff Writer 26 March 2020 120
Pedro tidak fikir soal masa depan
Walaupun kontrak Pedro bersama Chelsea bakal tamat tidak lama lagi, pemenang Piala Dunia 2010 itu menegaskan dia tidak memikirkan soal masa depannya.

Pemain berusia 32 tahun itu -- yang berhijrah ke Stamford Bridge pada 2015 -- hanya beraksi dalam sembilan perlawanan Liga Perdana Inggeris musim ini dan bakal bergelar ejen bebas empat bulan lagi sebaik sahaja musim ini ditamatkan.

Namun, penangguhan Liga Perdana Inggeris akibat coronavirus bermakna tempoh tamat kempen 2019-20 masih belum pasti.

Justeru, Pedro menegaskan ke mana hala tuju kariernya selepas ini langsung tidak difikirkan.

"Saya akan tamatkan kontrak tetapi ketika ini, ia bukan perkara terpenting dan saya tidak fikirkannya," katanya.

"Masa depan saya akan ditentukan kemudian tetapi ketika ini, ia bukan perkara paling penting tatkala anda tidak tahu di mana anda akan kembali menjalani latihan."

Pemain Sepanyol itu menyumbangkan 3,000 skrin perlindungan kepada hospital di negaranya yang menjadi salah satu tumpuan utama wabak COVID-19.

Terdapat hampir 5,000 kes yang disahkan di Sepanyol serta menghampiri jumlah 3,500 kematian.

"Material mungkin tidak begitu sempurna dan setiap perkara yang boleh membantu dialu-alukan," tambahnya.

"Mereka memberitahu bahawa skrin perlindungan merupakan sumber terbaik buat mereka.

"Kami mahu memberi sumbangan dengan skrin perlindungan ini."
 

About Author

Staff Writer

Comment