Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, "sedia menanti" Gareth Bale jika dia sudah tidak diperlukan oleh Real Madrid.

United akan bertemu Real di Skopje dalam saingan Piala Super UEFA, awal pagi esok.

Terdapat laporan daripada syarikat penerbitan Sepanyol, Don Balon, yang mendakwa Gareth Bale sudah bersedia untuk berhijrah ke Old Trafford untuk Barca mendapatkan khidmat pemain muda Monaco, Kylian Mbappe.

Mourinho menjelaskan dalam sidang media bahawa dia akan terus memantau kesebelasan utama yang bakal diturunkan oleh Real di Macedonia nanti.

"Jika dia turun beraksi, saya tidak akan memikirkan untuk menandatangani Bale kerana ia menjelaskan bahawa pengendali pasukan, Zinedine Zidane, memiliki perancangan untuknya dan ia akan menjadi motivasi untuk dia terus kekal di Real," katanya.

"Jika tidak tidak berada dalam perancangan pasukan, ia bermakna terdapat pemain baru akan menggantikannya dan Bale mungkin akan meninggalkan pasukan.

"Saya akan cuba untuk menunggu dan bersaing dengan jurulatih lain yang juga mahu mendapatkan khidmatnya."

Mourinho sudah membawa Romelu Lukaku, Victor Lindelof dan Nemanja Matic ke dalam skuad yang memenangi Piala EFL dan Liga Europa musim lalu tetapi sekadar menamatkan saingan liga di tempat keenam.

Bale merupakan pemain yang termahal ketika menyertai Real pada 2013 dan menjaringkan gol kemenangan dalam final Copa del Rey final musim ini sebelum menjuarai tiga gelaran Liga Juara-Juara (UCL).

Walaupun dihantui kecederaan betis dan buku lali, bekas pemain sayap Tottenham itu menjaringkan 17 gol musim lalu dan membantu Real menjuarai LaLiga buat kali pertama sejak 2011-12.