CHELSEA 2 TOTTENHAM 1

Jose Mourinho menemui bukti kekurangan Tottenham dalam ketiadaan Harry Kane dan Son Heung-min ketika Olivier Giroud menjaringkan gol kemenangan Chelsea, semalam.


Giroud, yang merupakan penyerang pilihan ketiga Chelsea di belakang Tammy Abraham dan Michy Batshuayi sepanjang musim ini, turun berdepan Spurs dan menjaringkan gol pembukaan ketika The Blues menang 2-1 di Stamford Bridge.

Manakala, skuad kendalian Mourinho sekali lagi tanpa Kane dan Heung-min yang masih lagi dalam proses pemulihan daripada kecederaan dan dijangka terlepas baki musim ini.

Selepas tamat perlawanan, Mourinho mengulangi tidak sabar untuk menamatkan musim ini dan membincangkan mengenai kesukaran untuk bertanding dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), PIala FA dan Liga Juara-Juara (UCL) dan pemain penyerang.

"Sanag sukar. Spurs bakal menempuhi tiga bulan yang sukar," kata Mourinho.

"Dalam tiga atau empat minggu lagi, [Moussa] Sissoko akan kembali bersama pasukan, dan dia bukanlah penyerang tetapi salah satu daripada penyelesaian masalah kami. Saya berharap Kane dan Heung-min dapat diturunkan April ini.

"Dengan usaha semua pihak, kami berharap dapat menempuhi baki musim ini."



Mourinho berkata lagi: "Lihat kepada Chelsea. Mereka menurunkan penyerang juara dunia [Pemain kebangsaan Perancis, Giroud].

"Di bangku simpanan adalah penyerang kedua England selepas Harry Kane [Abraham] dan mereka juga memiliki Batshuayi.

"Kami tanpa seorang pun penyerang di atas padang, bangku simpanan. Kami memiliki dua penyerang di hospital. Ini adalah situasi yang sukar buat kami.

"Saya sangat berbangga dengan setiap pemain dan tiada apa yang lebih dapat saya harapkan daripada mereka."