Peningkatan Sadio Mane menjadi 'pemain bertaraf dunia' mencerminkan peralihan Liverpool ke tahap lebih tinggi, menurut Jurgen Klopp.

The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali musim ini dan memerlukan 12 mata untuk meraih menyamai rekod 100 mata yang dilakukan oleh Manchester City.

Musim 2019-20 yang menakjubkan buat Liverpool disusuli dengan kemenangan Liga Juara-Juara (UCL) musim lalu, dengan Klopp memantapkan pasukannya untuk menjadi sebuah pasukan yang digeruni di Eropah.

Dan pengendali kelahiran Jerman itu yakin tiada ada pemain yang dapat meringkas langkah yang dibuat Liverpool jika bukan dengan kehadiran Mane, yang berpindah ke Anfield dari Southampton pada 2016.

22 gol yang disumbang Mane musim lalu menyaksikannya berkongsi kasut emas dengan rakan sepasukannya, Mohamed Salah dan pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang, sementara pemain Senegal telah mencetak 16 gol musim ini.

Klopp berkata: "Dalam tempoh tiga tahun terakhir, pasukan ini telah meningkat naik ke tahap yang lebih tinggi.

"Kami bercakap mengenai pemain muda tetapi pemain lain membawa kami ke tahap ini. Mane adalah contoh yang baik.

"Dia merupakan seorang pemain yang berbakat dari Southampton. Berkemahiran tinggi, tetapi kurang konsisten. Ramai yang berpandangan dia tidak mampu mencapai tahap ini tetapi kami mempercayai kemampuannya."

"Konsisten adalah kunci utama. Tahap permainan yang dipamerkan sungguh menakjubkan, secara bertahan dan menyerang, dia seorang pemain yang cemerlang.

"Dia tiba ke dalam pasukan dan meningkat naik. Kami sangat bernasib baik kerana terlibat dalam perjalanan ini. Mane merupakan contoh terbaik kepada peningkatan kepada seluruh pasukan.

"Daripada pemain yang berkualiti ke pemain bertaraf dunia. Kami sangat bertuah memilikinya"