Manchester United berharap agar Edinson Cavani dapat kembali diturunkan menjelang perlawanan menentang Crystal Palace awal pagi esok sebagai satu lonjakkan dalam saingan musim ini.

Cavani terlepas empat perlawanan terakhir United berikutan masalah otot.

United terikat tanpa jaringan dalam dua perlawnan terakhir di mana mereka hanya merekodkan keputusan 0-0 ketika menentang Real Sociedad dan Chelsea sepanjang minggu lalu.

Skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu sedang menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) walaupun seteru mereka, Manchester City, kian selesa di puncak liga dengan kelebihan 12 mata.

"Kami ada sesi latihan pagi ini," kata Solskjaer, yang pasukannya tidak pernah tewas sepanjang 20 perlawanan liga terakhir digelanggang lawan.

"Edinson turut berlatih, dia sudah menyertai kami, ia sesuatu yang baik, ayuh berharap agar dia tidak menunjukkan sebarang kesakitan dan harap-harap dia dapat menyertai kunjungan pasukan kami.

"Sudah pasti ia hanya sesi ringan dan kami kelihatan baik.

"Terdapat beberapa keraguan ketika perlawanan menentang Chelsea dan ditambah dengan kelasakan saingan musim ini. Jadi kami harus memberikan mereka waktu yang secukupnya," katanya.

Dia menambah dalam MUTV: "Ia kelihatan baik. Edi mempunyai keinginan dan nafsu, dan sudah pasti dia mahu menyertai kami, walaupun sekadar duduk di bangku pemain simpanan.

"Harap-harap dia akan berkata bahawa dia tidak rasa sebarang reaksi kesakitan."