Real Madrid memberikan tawaran buat bintang Liverpool, Mohamed Salah, beberapa bulan menjelang aksi final Liga Juara-Juara Eropah 2018, kata bekas pegawai kejurulatihan pasukan kebangsaan Mesir.

Salah menempa kegemilangan dalam musim 2017-18 di mana dia menjaringkan 32 gol dan 10 bantuan jaringan dalam Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, usahanya untuk meraih kejuaraan peringkat Eropah itu bersama The Reds tidak kesampaian selepas pertembungan dengan Sergio Ramos menyaksikan dia terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan bahu dalam final di Kiev berkenaan.

Skuad kedalian Jurgen Klopp itu tewas 1-3 dan Salah kesuntukan masa untuk kembali cergas bagi menyertai skuad Mesir dalam Piala Dunia di Russia.

Bekas penyerang AS Roma itu menjaringkan dua gol tetapi skuad The Pharaohs berkenaan tewas kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Berdasarkan bekas pemain kebangsaan Mesir, Hanu Ramzy, Salah ada berbincang mengenai pendekatan Madrid dengan pengendali skuad kebangsaanya, Hector Cuper, ketika sesi latihan di Switzerland pada Mac 2018.

Ramzy memberitahu saluran televisyen Mesir, OnTimes Sports, bahawa dia terlibat dalam perbualan itu walaupun dia hanya menyertai barisan kejurulatihan pasukan itu di bawah pengganti Cuper, Javier Aguirre.

"Saya bercakap dengan Salah dan dia memberitahu saya bahawa Real Madrid ada memberikannya tawaran.

"Tawaran itu amat bagus tetapi salah membincangkannya bersama saya dan Encik Cuper, dan memilih untuk kekal bersama Liverpool kerana dia lebih selesa di sana," katanya.

Ramzy meninggalkan pasukan Mesir bersama seluruh pasukan Aguirre selepas mereka tersingkir dalam pusingan 16 Piala Negara-Negara Afrika di laman sendiri tahun lalu.

Tidak dinafikan, Salah membawa impian yang besar dalam kejohanan peringkat benua itu.

"Salah amat bercita-cita. Dia memberitahu kami bahawa dia mahu memenangi AFCON sebanyak tiga kali berturut-turut seperti yang Mesir lakukan pada 2006, 2008 dan 2010," tambahnya.