Liverpool perlu persediaan rapi untuk mengharungi jadual sukar selepas waktu dan tarikh siaran perlawanan bulan depan diumumkan.

Wabak COVID-19 mendorong jadual padat sepanjang musim ini 2020-21 selain penangguhan perlawanan antarabangsa dan Eropah baru-baru ini mengeruhkan lagi situasi semasa buat kelab dan pemain.

Sebelum rehat antarabangsa, pengurus The Reds, Jurgen Klopp, dan rakan sejawatnya di Manchester City, Pep Guardiola, merayu pihak pengelola Liga Perdana Inggeris (EPL) agar memperkenalkan semula peraturan lima pemain gantian yang diketengahkan dalam 'Project Restart' tetapi tidak meneruskan langkah itu dalam musim baru ini.

Namun, dengan sembilan perlawanan liga akan dilangsungkan bulan depan dan krisis kecederaan semakin meningkat, permohonan demi kesejahteraan pemain semakin berkumandang.

Bagaimanapun, jadual lengkap sepanjang tempoh perayaan Krismas depan tidak akan banyak membantu kelab mahupun kakitangan mereka.

Berikutan kekalahan kepada Atalanta dalam Liga Juara-Juara (UCL) semalam, Klopp sekali lagi dilanda kekecewaan dengan mengadunya kepada BT Sport: "Saya takut untuk mengatakan bahawa saya fikir ia boleh berlaku, bukan hanya kepada kami sahaja bahkan pasukan lain.

"Anda meminta kami untuk beraksi pada Sabtu jam 12:30 tengah hari, sejujurnya ia ibarat satu jenayah. Ia tiada kaitan dengan aksi kami pada malam ini.

"Satu-satunya tumpuan saya sekarang ialah mendapatkannya berita baik iaitu tiada lagi pemain yang tercedera. Kami perlu menjalani proses pemulihan dengan segera. Pemain berasa kecewa tetapi kami tidak punya masa untuk itu.

"Kami perlu memulihkan kecergasaan dengan secepat mungkin dan kembali beraksi."

Selain baki dua perlawanan peringkat kumpulan UCL, Liverpool akan mengharungi enam perlawanan liga sepanjang bulan depan.

Tiga daripada perlawanan itu berlangsung dalam tempoh enam hari dengan juara bertahan itu akan diuji Fulham pada pukul 4.30 petang waktu tempatan pada 13 Disember, sebelum menjadi tuan rumah kepada Tottenham (16 Disember) jam 8 malam dan kunjung ke Selhurst Park pada 12:30 tengah hari (19 Disember).

Tidak seperti Liverpool, Manchester United pula akan beraksi dalam suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) dengan Everton pukul 12:30 tengah hari, 23 Disember, di antara perlawanan menentang Leeds United dan Leicester City sepanjang minggu 'Boxing Day'.

Everton turut dalam situasi sukar untuk pertemuan suku akhir itu memandangkan pasukan kendalian Carlo Ancelotti berkenaan perlu menghadapi Arsenal empat hari sebelumnya, disusuli dua perlawanan iaitu menentang Sheffield United dan Manchester City dalam masa 48 jam.

Pasukan bimbingan Guardiola itu juga hanya ada 48 jam untuk berehat menjelang perlawanan pada 26 dan 28 Disember depan berikutan perlu membuat kunjungan Piala EFL ke kubu The Gunners,