Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, menegaskan pasukannya tidak perlu menandatangani pertahanan tengah baru walaupun kelab itu terus dikaitkan bakal mendapatkan khidmat Virgil van Dijk.

Pertahanan Southampton itu hampir menyertai Liverpool pada Jun lalu sehingga The Reds memohon maaf di atas minat mereka untuk pemain Belanda itu selepas Southampton membuat aduan Liverpool telah mendekati pemain itu dengan cara yang salah.

Liverpool masih lagi berusaha untuk mempertingkatkan jentera pertahanan ketika jendela perpindahan tetapi Klopp menegaskan beliau gembira dengan barisan sedia ada.

"Kami memiliki empat pertahanan tengah, saya tidak berasakan memerlukan lagi," kata Klopp.

"Jendela perpindahan dibuka sehingga 31 Ogos. Kami masih memiliki banyak masa.

Liverpool telah membuat tiga pembelian setakat ini -- Mohamed Salah, Andy Robertson dan Dominic Solanke -- tetapi Klopp mahu memberikan fokus kepada beberapa pemain yang telah berjaya mempamerkan aksi yang menyerlah menjelang saingan pembukaan Liga Perdana Inggeris, Sabtu ini.

"Saya berpuas hati dengan persembahan pra-musim kami.

"Anda dapat melihat Alberto Moreno -- dia beraksi dengan cemerlang dan permainannya kelihatan lebih matang."