Tottenham bangkit daripada minggu mengecewakan bagi menghidupkan peluang menamatkan saingna dalam kelompok empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL).

Kekalahan dalam aksi derby London utara kepada Arsenal diikuti dengan penyingkiran saingan Liga Europa (UEL) di tangan Dinamo Zagreb, tetapi skuad kendalian Jose Mourinho itu selesa mengatasi Aston Villa 2-0 untuk merapatkan kedudukan dengan tiga mata ke atas penghuni tangga keempat liga, Chelsea.


Spurs bangkit daripada mimpi buruk Eropah

Jose Mourinho menuntut respon positif dari pasukannya setelah penyingkiran Liga Europa yang suram kepada Dinamo Zagreb Khamis lalu dan mereka berjaya.

Jaringan daripada Carlos Vinicius dan Harry Kane memastikan kemenangan keempat daripada lima perlawanan liga buat Spurs, sementara mereka menjadi pasukan ketiga untuk menang enam kali berturut-turut ke atas Villa di tempat lawan, Manchester United (2003-2007) dan Liverpool (2011-2019).

Vinicius kini menjaringkan sembilan gol dan terhasil daripada 12 percubaan.