Kai Rooney sertai Manchester United

By Muzaffar Musa 18 December 2020 9848
Kai Rooney sertai Manchester United
Hari Rooney menjaringkan gol-gol gemilang buat Manchester United mungkin masih belum berakhir.

Rekod Wayne Rooney menjaringkan 253 gol buat pasukan Old Trafford itu masih tidak dapat ditandingi tetapi anaknya, Kai, satu hari nanti berpeluang untuk mengatasi rekod itu.

Anak sulung bekas kapten England itu, yang kini berusia 11 tahun, menandatangani kontrak bersama United semalam seperti yang didedahkan bapanya dalam Instagram.

Pemangku jurulatih Derby County itu memuat naik gambar Kai menandatangani sekeping kertas di United bersebelahan dengan jersi nombor 10 Rooney.

"Hari yang membanggakan," tulis Wayne. "Kai menandatangani untuk @manchesterunited. Terus berusaha keras anakku."

Rooney melakukan penampilan pertamanya bersama Everton pada usia 16 tahun dan ia bermakna, Kai tidak lama lagi dapat beraksi di peringkat tertinggi jika dia dapat mengatasi kegemilangan bapanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wayne Rooney (@waynerooney)

About Author

Muzaffar Musa

Comment