Jurgen Klopp menafikan tuduhan Harisson Reed bahawa keinginan menjadi pemisah di antara Liverpool dan Fulham ketika The Cottagers menang 1-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield malam tadi.

Bercakap kepada Sky Sports selepas The Cottagers mencerahkan peluang mereka untuk keluar daripada zon penyingkiran, pemain tengah, Reed, menyifatkan persembahan pasukannya itu dengan berkata: "Kami lebih mahukannya."

Pasukan pelawat itu kelihatan lebih layak mendapatkan tiga mata, di mana mereka lebih banyak mencipta peluang dan jarang berdepan masalah di bahagian belakang.

Tetapi Klopp tidak bersetuju dengan pandangan bahawa pemainnya -- yang harapan mereka untuk bermain di peringkat Eropah musim depan kian pudar -- tidak mahu menang dalam perlawanan itu.

Dia berkata: "Percayalah, pemain saya mahukannya tetapi ia tidak menjadi buat waktu ini dan terdapat beberapa sebab mengenainya: kami tidak menjaringkan gol dan dibolosi sekurang-kurangnya sekali, yang buat masa ini kelihatan sudah cukup ketika menentang kami.

"Anda boleh bercakap apa yang anda mahukan, amat jelas, saya tidak boleh menjawabnya dan berkata, 'Ya kami tidak mempunyai mentaliti.' Kami mempunyai mentaliti, mungkin ia bukan mentaliti seperti sebelum ini tetapi pemain saya mahu memenangi perlawanan ini.

"Mereka mahu memenangi perlawanan hari ini. Saya dapat melihatnya. Kami masih melakukan kesilapan, itulah masalahnya tetapi ia bukannya anda tidak mahukannya -- pemain kami tidak mahu melakukan kesilapan tetapi ia beraku.

"Kami perlu memastikan kesilapan yang kami lakukan tidak berulang, jadi anda boleh dibolosi -- kami dibolosi pada fasa terbaik kami, waktu terbaik dalam hidup kami cuma bezanya ketika itu anda tidak kisah mengenainya.

"Itulah tempat di mana kami sepatutnya berada. Kami mempunyai keputusan yang amat getir buat masa ini, hampir semuanya tidak memihak kami dan kami perlu memastikan kami akan kembali memenangi perlawanan bola sepak semula.

"Jika ia hanya 1-0, ia tidak mengapa, anda perlu memperjuangkannya dan kemudian mungkin anda akan mendapatkan keyakinan dan momentum semula. Buat masa ini, kami tidak memilikinya," katanya.