Jesus tambah masalah kecederaan City

By Ammar Hakim 26 September 2020 285
Jesus tambah masalah kecederaan City
Penyerang Manchester City,  Gabriel Jesus, dijangka diketepikan sehingga pertengahan bulan depan selepas dia menarik diri daripada skuad Brazil untuk berdepan Bolivia dan Peru dalam aksi pembukaan kelayakan Piala Dunia 2022.

Sifat kecederaan jesus belum dinyatakan, walaupun Persekutuan Bola Sepak Brazil (CBF) mengesahkan menerusi kenyataan bahawa City telah memberitahu mereka mengenai status pemain berusia 23 tahun itu.

"City telah menghubungi doktor skuad kebangsaan Brazil, Rodrigo Lasmar, melaporkan kecederaan yang dialami ketika berdepan Wolves dalam aksi Liga Perdana Inggeris ," menurut kenyataan tersebut.

Penyerang Hertha Berlin, Matheus Cunha, telah disenaraikan dalam skuad kendalian Tite, meraih panggilan pertama ke dalam skuad senior selepas muncul penjaring gol terbanyak untuk Brazil dalam aksi Kejohanan Pra Olimpik, awal tahun ini.
 

 

About Author

Ammar Hakim

Comment