Insiden yang berlaku di atas Hugo Lloris dan Son Heung-min Tottenham meraih kemenangan ke atas Everton membuktikan keazaman pasukan untuk melakukan dengan lebih baik, menurut Lucas Moura.

Kapten pasukan, Lloris dan penyerang, Son, terlibat dengan salah faham apabila kedua-dua pemain bertengkar selepas tamat separuh masa pertama.

Pengendali Spurs, Jose Mourinho, menyifatkan insiden tersebut sebagai perkara yang 'indah' dalam tembual selepas tamat perlawanan, sementara Lucas menegaskan ia merupakan tindak balas yang biasa.

Penyerang Brazil itu percaya salah faham itu -- Lloris mendedahkan kegagalan Heung-min untuk cuba menghalang pergerakan Richarlison sebelum melepaskan percubaan -- sebagai satu tanda yang positif buat Tottenham yang meletakkan sasaran untuk melangkah ke Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan.

"Ia merupakan sesuatu yang biasa," kata Lucas. "Saya berasakan setiap pasukan memiliki situasi ini.

"Ia membuktikan kami mahu menang, mahu berada dalam kedudukan yang lebih baik.

"Kami mengetahui mampu beraksi dengan lebih cemerlang, kami mengetahui kualiti kami."

Bagaimanapun, tangga kelima -- yang dihuni Manchester United --mungkin sudah memadai untuk layak ke Liga Juara-Juara (UCL), bergantung kepada keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) mengenai isu melibatkan Manchester City.

"Kami masih memiliki lima perlawanan dan berpeluang untuk layak ke UCL," kata Lucas menjelang aksi berdepan Bournemouth.

"Kami mengetahui, ia sangat sukar tetapi tidak mustahil.

"Jika kami layak ke Liga Europa (UEL) ia bukan objektif kami kerana kami mahu layak ke UCL tetapi ia tetap pertandingan yang menarik."