Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) bersetuju untuk kembali dengan format tiga pemain gantian bagi setiap perlawanan untuk musim 2020-21.

Peraturan yang membolehkan pasukan membuat lima pemain simpanan diketengahkan sejak baki musim 2019-20 bersambung selepas diancam wabak COVID-19.

Tujuannya adalah untuk memberi ruang kepada pemain mengelakkan risiko kecederaan berikutan kepadatan jadual perlawanan sepanjang dua bulan lalu, pemegang taruh sebaliknya berasakan pendekatan itu tidak adil kerana kelab-kelab besar lebih mendapat keuntungan.

Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) mengizinkan negara anggotanya untuk terus menggunakan peraturan penggantian lima pemain itu sekiranya mereka berminat, tetapi EPL pada
hari ini mengumumkan bahawa "kelab-kelab bersetuju untuk kembali menggunakan format tiga pemain gantian bagi setiap perlawanan, dengan maksimum tujuh pemain gantian di bangku simpanan”.

EPL juga mengesahkan bahawa pemegang taruh sebulat suara besetuju untuk meneruskan pelaksanaan video bantuan pengadil (VAR) yang diperkenalkan pada 2019-20.