Separuh peminat akan kembali dibenarkan untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di stadium sebaik langkah-langkah baru bagi membendung penularan COVID-19 diumumkan.

Semalam, Kerajaan Inggeris mengesahkan langkah kawalan pergerakan di England akan berakhir Rabu depan sementara sekatan merentas negeri akan diperkenalkan.

Walaupun venue perlawanan belum diklafisikasikan dalam Tahap 1 bagi penilaian keselamatan pandemik itu sementara beberapa stadium di Tahap 2, ia masih membolehkan langkah membenarkan seramai 2.000 penyokong hadir menyaksikan perlawanan.

10 kelab EPL yang akan mula dibenarkan kemasukan peminat di bawah peraturan baru itu adalah pasukan London yang terdiri daripada Tottenham, Chelsea, West Ham, Crystal Palace, Arsenal dan Fulham selain Liverpool, Everton, Brighton & Hove Albion dan Southampton.

Sehubungan itu, separuh lagi kelab masih perlu beraksi di gelanggang tertutup termasuk Manchester United dan seteru terdekat, City.

Ini bermakna perlawanan pada 4-7 Disember depan akan menyaksikan kepulangan penyokong termasuk membabitkan pertembungan 'derby London utara' di antara Tottenham dan Arsenal.

Beberapa kelab lagi dijangka akan mendapat lampu hijau berhubung kemasukan peminat menjelang aksi ketiga-tiga divisyen kancah itu minggu depan.