Bayern Munich menjangkakan Alphonso Davies bakal direhatkan selama lapan minggu selepas pertahanan itu mengalami kecederaan ligamen buku lali ketika berdepan Eintracht Frankfurt.

Davies digantikan selepas tiga minit waktu permainan ketika Bayern merekodkan kemenangan 5-0 di Allianz Arena.



Ketua jurulatih, Hansi Flick, berkata pemain berusia 19 tahun itu mengalami kecederaan ligamen dan dijangka tidak akan tersenarai sehingga awal Disember.

"Dia mengalami kecederaan ligamen. Kami menjangkakan dia akan direhatkan selama enam atau lapan minggu," kata Flick

"Ia amat mengecewakan selepas seorang pemain yang berkualiti terpaksa direhatkan."

Davies dijangka terlepas baki perlawanan bagi tahun 2020, termasuk lima perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) dan aksi bertemu Borussia Dortmund pada 7 November.

Juara bertahan itu menang ke atas Frankfurt, menerusi jaringan hatrik Robert Lewandowski sebelum Leroy Sane dan Jamal Musiala melengkapkan kemenangan.