Gary Neville tidak memiliki sebarang masalah dengan jadual padat saingan utama selepas pandemik koronavirus dan berasakan ia mampu mewujudkan 'pesta bola sepak' yang meriah.

Euro 2020 telah ditangguh ke tahun hadapan dan Liga Perdana Inggeris (EPL) direhatkan seinggan April 30 ekoran penularan wabak Covid-19.

Perdebatan mengenai persoalan sama ada musim 2019-20 dapat disempurnakan atau sebaliknya dan impak di sebalik musim berikutnya.

Bekas kapten Manchester United, Neville, berasakan jadual padat perlu diharungi setiap pasukan dan ia mampu memeriahkan suasana.

"Jika pemain-pemain perlu beraksi setiap hari selama sembilan hari untuk menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris sebagai senario yang paling teruk, mereka mungkin terpaksa mengharunginya dan ia mewujudkan pesta bola sepak," katanya.

"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat. Bola sepak boleh menghadirkan harapan dan kegembiraan kepada negara apabila akhirnya berjaya menangani krisis ini.

"Melakukan pesta bola sepak di mana saingan liga dapat selesai dalam masa dua minggu, Liga Juara-Juara (UCL) diselesaikan dalam seminggu dan Piala FA dalam tempoh empat hari, ia mampu menjadi sesuatu yang istimewa."