Jurgen Klopp berkata pemain-pemain Liverpool terkejut apabila diberitahu Kenny Dalglish disahkan positif koronavirus dan meluahkan kelegaan apabila legenda The Reds itu sejak pulang dari hospital.

Dalglish disahkan positif Rabu lalu ketika menerima rawatan batu karang tetapi telah discaj Sabtu lalu apabila tidak menunjukkan sebarang simptom COVID-19.

Perkhabaran mengenai ujian Dalglish memberikan impak yang penuh emosi kepada skuad Liverpool, yang membincangkan hal tersebut menerusi WhatsApp.

"Ia amat mengejutkan apabila menerima berita tersebut," kata Klopp.

"Perkhabaran itu turut memberikan kesan kepada pemain-pemain."
Dalglish tiba di Liverpool sebagai pemain pada 1977 dan memenangi enam gelaran liga dan tiga gelaran Piala Eropah.

Klopp menjelaskan keakraban antara pemain-pemain bersama Dalglish, dengan berkata, "Kami semua mengetahui penyakit ini adalah sesuatu yang serius dan mencetus masalah di seluruh dunia, tetapi ini merupakan kali pertama seseorang yang sangat turut terkesan dengan wabak tersebut.

"Ia merupakan berita yang baik apabila mengetahui Dalglish sudah pulang ke rumah."