Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menjangkakan saingan musim 2017/18 bakal menjadi satu persaingan paling sukar sepanjang kariernya sebagai pengendali.

Skuad kendalian Conte bakal menentang Arsenal bagi merebut Perisai Komuniti malam ini sebelum memulakan saingan liga menentang Burnley pada minggu depan.

Bagaimanapun, Conte menyifatkan pasukannya sebuah pasukan yang kecil untuk mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada musim lalu.

“Bagi saya, sudah pasti musim ini bakal menjadi musim paling sukar dalam karier. Saya amat pasti. Ia satu cabaran paling getir sepanjang karier sebagai pengurus pasukan,” ujar Conte.

Chelsea memecahkan rekod perpindahan kelab apabila mendapatkan Alvaro Morata dari Real Madrid dengan nilai GBP70 juta (RM390 juta) sebagai pengganti buat Diego Costa yang mempunyai masalah dengan Conte.

Selain Morata, Tiemoue Bakayoko, Antonio Rudiger serta Willy Caballero turut baru tiba di Stamford Bridge tetapi melepaskan beberapa pemain seperti Nathan Ake dan Nemanja Matic.

Namun, pengendali dari Itali itu tidak menafikan apabila ditanya mengapa masih ada pemain yang tidak hadir menyertai Chelsea.

“Sudah tentu kami meningkatkan pasukan dan anda bola lihat sendiri.

“Semua orang harus menunggu detik dan penyelesaian terbaik untuk pasukan kerana setiap langkah adalah untuk pasukan, bukan untuk saya."