Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) telah memutuskan untuk memihak Manchester City, dan membatalkan hukuman penggantungan selama dua tahun daripada pertandingan Eropah yang dijatuhkan oleh UEFA Februari.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) telah mengumumkan Manchester City bakal digantung daripada menyertai kejohanan Eropah selama dua musim kerana melanggar peraturan fair-play kewangan.

City, yang turut didenda EURO30 juta (RM134.5 juta), telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi membatalkan penggantungan tersebut dan mereka kini dapat menarik nafas lega kerana bakal terlibat dalam saingan UCL musim hadapan.


Denda EURO30 juta itu juga turut dikurangkan kepada EURO10 juta.



Bagaiamanpun, City, yang kini menghuni tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL), masih lagi di bawah siasatan pihak Liga Perdana.

Liga tersebut telah memulakan siasatan mereka pada bulan Mac tahun lalu -- sehari setelah UEFA mendedahkan mereka meneliti tuntutan bahawa City telah melanggar peraturan.

Liga Perdana meneliti tuduhan yang sama, serta tuntutan berhubung pengambilan pemain akademi City dan pemilikan pihak ketiga.