Jamie Carragher percaya Liverpool perlu berbelanja dalam jendela perpindahan Januari ini kehilangan khidmat Virgil van Dijk ekoran masalah lutut yang serius.

Pemain kelahiran Belanda itu dipaksa keluar padang ketika The Red seri 2-2 dengan Everton selepas diterjah penjaga gol, Jordan Pickford.

Imbasan menunjukkan Van Dijk mengalami kecederaan ligamen lutut, kecederaan yang memaksa dia bakal direhatkan hampir sepanjang musim ini.

Carragher berasakan persaingan liga sekarang 'terbuka lebar' sebagai hasilnya, dengan mereka memerlukan ketua di bahagian pertahanan pada jendela perpindahan seterusnya jika mereka ingin mempertahankan kejuaraan.

"Saya rasa persoalan besar yang anda lihat sekarang ialah bolehkah Liverpool memenangi liga tanpa Van Dijk?

"Terdapat tiga atau empat pemain dalam setiap pasukan yang memenangi gelaran -- atau pasukan yang berpendapat mereka boleh merangkul gelaran -- sekiranya salah seorang pemain itu tiada, tidak kira seberapa baik pengurus anda, tidak kira seberapa besar pasukan anda, anda tidak boleh mengisi kekosongan mereka. Mereka luar biasa.

"Saya fikir ia melancarkan perlumbaan gelaran terbuka, saya benar-benar berasakannya. Saya masih berasakan pada awal musim ini bahawa Liverpool adalah pasukan yang harus dikalahkan. Dengan Van Dijk tiada hampir sepanjang musim ini, segalanya akan tertumpu kepada Liverpool.

"Mereka perlu mendapatkan pemain Januari ini, bukan hanya kerana kecederaan Van Dijk tetapi Liverpool masih lagi lemah di bahagiana tersebut. Mereka kehilangan Lovren sebelum awal musim dan pemain lain di posisi tersebut sangat terdedah kepada kecederaan."