Bintang Manchester United, Bruno Fernandes, berjenaka dengan menyatakan dirinya sebagai Juan Sebastian Veron yang baru selepas membuat gaya potongan misai dan janggut seperti legenda Argentina itu.

Tatkala ramai pemain mencukurkan kepada ketika menjalani perintah kawalan susulan wabak coronavirus, Fernandes hanya memerlukan pisau cukur untuk memotong janggutnya.

Rakan sepasukannya di United, Diogo Daloot, bergurau dengannya dengan menyatakan dia seperti watak dalam drama Netflix, Narcos.

Namun, Fernandes percaya penampilan barunya itu lebih kepada bekas pemain United itu.

"Anda telah menemui Veron yang baru tetapi rambut harus kekal," katanya.

Fernandes pantas menjadi watak penting sejak tiba di United dari Portugal, Januari lalu.

Pemain Portugal itu masih belum melalui sebarang kekalahan dalam sembilan penampilan bersama United dan telah menyumbangkan tiga gol serta empat bantuan jaringan.


Kelibat Ole Gunnar Solskjaer jelas memainkan peranan utama sejak dia tiba di Old Trafford tetapi Fernandes berkata dia bersedia memberikan kudrat 200 peratus untuk membantu perancangan pengurus itu.

"Bagi saya, apa yang paling penting adalah keyakinan pengurus. Saya perlu tahu bahawa jurulatih bersama saya kerana kadangkala, apabila anda bertukar kelab, tidak semua jurulatih sukakan anda," tambahnya.

"Ia bukan saya datang ke sini kerana jurulatih mahu tetapi saya mahu rasakan keyakinan daripada pengurus.

"Ia bukan tentang persoalan saya akan beraksi atau tidak. Bagi saya, itu bukan perkara utama. Keyakinannya lebih penting. Jika dia yakin, segalanya berjalan lancar."