Arteta harap ada berita kontrak Aubameyang tidak lama lagi

By Muzaffar Musa 13 September 2020 259
Arteta harap ada berita kontrak Aubameyang tidak lama lagi
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berharap akan ada berita baik mengenai kontrak baru Pierre-Emerick Aubameyang dalam masa terdekat.

Penyerang kebangsaan Gabon itu menjaringkan gol ketiga Arsenal ketika skuad The Gunners itu menewaskan Fulham 3-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.

Aubameyang menjaringkan 55 gol dalam liga divisyen utama itu sejak menyertai Arsenal pada 4 Februari 2018.

Bagaimanapun, masa depan pemain berusia 31 tahun itu masih menjadi tanda sepanjang beberapa bulan ini memandangkan kontraknya akan tamat pada 2021.

Arteta berkata minggu lalu bahawa penyokong Arsenal "boleh bertenang" mengenai masa depan pemain itu dan sekali lagi berkata pada hari ini bahawa perkembangan positif akan tiba pada bila-bila masa.

"Saya amat positif kami dapat melengkapkannya dan dalam beberapa hari ini, harap-harap kami akan dapat berita mengenainya," katanya kepada BT Sport.
 

About Author

Muzaffar Musa

Comment