Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui kelab 'menjangkakan lebih lagi' daripada Willian tetapi percaya assist yang dilakukan pada pertengahan minggu bakal menjadi batu loncatan.

The Gunners menandatangani Willian secara percuma Ogos lalu selepas tujuh musim beraksi bersama Chelsea.

Bagaimanapun, pemain berusia 32 tahun itu masih belum meledak gol buat Arsenal sejak berpindah bandar dan gagal menampilkan impak.

Willian hadir sebagai pemain gantian buat jaringan Kieran Tierney dalam kemenangan 3-2 Arsenal ke atas Benfica dalam Liga Europa Jumaat lalu di mana Arteta berharap ia akan menghadirkan lebih banyak impak.

"Saya sangat gembira dengan Willian Jumaat lalu," kata Arteta.


"Dia berhak diberikan pujian kerana dengan cara dia berlatih setiap hari dan sentiasa mencuba.

"Dalam perlawanan kini anda dapat melihat dia mula menampilkan sesuatu untuk pasukan kerana kelebihan yang dimilikinya mampu menghasilkan keputusan buat kami."

"Rakan sepasukan amat menggemarinya dan kami menjangkakan lebih lagi daripadanya sejak dia menyertai pasukan tetapi terdapat beberapa sebab dia masih gagal menemui sentuhan terbaik.

"Tetapi diharap apa yang dipamerkan Jumaat lalu menjadi platfom dab keyakinan mengenai kemampuan dirinya -- dia pemain yang sangat amat saya gemari dan diharap dia akan melakukan sesuatu untuk pasukan."