Terjun: Dhabitah, Yan Yee kutip emas

By Penulis Jemputan 29 August 2017 103
Terjun: Dhabitah, Yan Yee kutip emas
Gandingan Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee menghadiahkan satu lagi pingat emas kepada Malaysia selepas mengungguli acara terjun 3m papan anjal seirama wanita Sukan SEA Ke-29 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pasangan negara itu menghimpunkan markah keseluruhan 304.71 mata untuk menghadiahkan emas kesembilan daripada skuad terjun.

Peserta Singapura, Ashlee Tan Yi Xuan dan Fong Kay Yian, yang mengumpul 236.76 mata, memperoleh pingat perak manakala Eka Purnama Indah dan Linadini Yasmin (223.56) dari Indonesia meraih gangsa.

Ia adalah pingat emas kedua diraih Yan Yee dalam temasya ini selepas menguasai 3 meter papan anjal individu wanita sementara Dhabitah pula merangkul pingat perak dalam acara itu.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

 

About Author

Penulis Jemputan

Comment