Badminton: Soon Huat-Shevon terlepas emas 

By Staff Writer 29 August 2017 1730
Badminton: Soon Huat-Shevon terlepas emas 
Pasangan negara, Goh Soon Huat dan Shevon Jemie Lai, tewas kepada gandingan Thailand dalam perlawanan akhir acara badmindon beregu campuran Sukan SEA Ke-29 di Arena Axiata, Bukit Jalil, hari ini.

Selepas tumpas dengan perbezaan lima mata pada set pertama 15-21, beregu negara itu memberi tentangan sengit pada set kedua apabila beberapa kali mengikat mata pada hujung permainan.

Bagaimanapun, mereka terpaksa akur dengan ketangkasan Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai yang akhirnya melengkapkan kemenangan 21-15, 22-20 dalam tempoh 42 minit, sekaligus membenarkan lawan meraih emas.

"Tadi dalam gelanggang pergerakan kami agak perlahan. Jadi, ia antara punca kekalahan kami. Disebabkan itu rentak kami mula hilang," kata Soon Huat.

"Kami telah cuba yang terbaik untuk bermain dan kondisi kami tidak berapa baik. Mungkin kerana perlawanan semalam agak sengit sehingga kami agak keletihan. Ia memberikan kesan terhadap permainan kami," kata Shevon. 

Pingat gangsa dimenangi Bodin Isara-Savitree Amitrapai dan Chan Peng Soon-Cheah Yee See dari Thailand dan Malaysia.

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro Go.

About Author

Staff Writer

Comment