Jurulatih PKS Uniten-KPT, Lailin Abu Hassan, lega apabila kelebihan gol di tempat lawan menjadi pemisah untuk pasukannya mara ke final Piala Vivian May Soars biarpun hanya seri 1-1 dengan PDRM Blue Warriors dalam aksi separuh akhir kedua, semalam.

Biarpun mereka beraksi di venue sama iaitu Stadium Hoki Nasional 2, Bukit Jalil, namun aksi timbal balik yang pertama, Ahad lalu, skuad PDRM bertindak sebagai tuan rumah diikat seri 3-3.

Final Vivian May Soars 2021 ... Upcoming Fixture #TNBMalaysiaHockeyLeague2021 #TNBMHL2021 #MalaysiaHockeyConfederation #MalaysianHockey #MyHockey

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Wednesday, March 31, 2021


Aksi separuh akhir kedua di antara kedua-dua pasukan itu berlangsung cukup sengit semalam.

PKS Uniten merangkap penyandang juara terpaksa menanti hingga suku ketiga untuk meledak menerusi Noorhayati Sirkam pada minit ke-41.

PDRM yang amat memerlukan kemenangan menyalakan harapan itu menerusi pukulan sudut penalti daripada Nor Syafiqah Mat Isa untuk kedudukan agregat 4-4, namun jentera serangan mereka terus buntu dalam usaha menambah jaringan.

"Tahniah kepada pemain atas semangat dan kerja keras mereka.

"Walaupun kami mendahului sebelum PDRM menyamakan kedudukan, semuanya dalam masih perancangan dan keputusan seri ini sudah cukup untuk kami," kata Lailin ketika ditemu bual wakil Astro Arena, Adam Zamri, sejurus tamat perlawanan.

"Kedua-dua pasukan bermain bagus, saling serang menyerang.

"Dalam tiga pertemuan dengan mereka, kami tidak pernah kalah dan tiada siapa yang menang.

"Kali ini kami dipisahkan dengan kelebihan gol di tempat lawan jadi tahniah buat mereka," kata jurulatih PDRM, Ahmad Nizam Yusoff.

3rd & 4th Placing Vivian May Soars 2021 ... Upcoming Fixture. #TNBMalaysiaHockeyLeague2021 #TNBMHL2021 #MalaysiaHockeyConfederation #MalaysianHockey #MyHockey

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Thursday, April 1, 2021


Terdahulu, dalam satu lagi aksi separuh akhir kedua menemukan UniKL Ladies dan Sabah.

Pasukan bimbingan Roslan Jamaluddin itu kekal cemerlang meledak tiga gol menerusi Hanis Nadiah Onn, Nur Attira Ismail serta Nur Amirah Shakirah Zulkifli untuk membawa juara Liga Hoki Wanita Malaysia itu ke pentas final dengan agregat 11-0.

Tambah menarik, Nur Amirah sudah mengumpul 10 gol, Attira (lapan gol) dan Nur Afiqah ( tujuh gol) untuk merebut gelaran perjaring terbanyak liga musim ini.