Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) meluluskan penambahan kuota sempena Kejohanan Piala Dunia Wanita dan Lelaki pada 2022 dan 2023.

Ia berita gembira buat skuad lelaki negara apabila empat slot akan ditawarkan kepada benua Asia berbanding hanya tiga sebelum ini.

Ia disusuli tujuh pasukan dari Eropah yang akan merebutnya menerusi Kejohanan Piala Eropah sementara baki tiga lagi akan dipilih menerusi juara dari Afrika, Ocenia dan Pan Amerika.

"Persainganan di benua Asia sengit tetapi sudah tentu pasukan Eropah lebih handal.

"Mungkin peluang lebih cerah buat pasukan Asia dengan penambahan satu lagi slot ini.

"Sebagai jurulatih, saya pernah bermain di peringkat kelayakan dan (pusingan akhir) Piala Dunia, membawa pasukan Afrika Selatan pada 2006 jadi saya berharap kami dapat melakukan perkara yang sama pada 2013, " kata ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj.

Pengurus Skuad Senior Lelaki Kebangsaan, Datuk Minarwan Nawawi melihat penganjuran perlawanan persahabatan menentang...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Saturday, December 5, 2020



Bekas kapten hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, merangkap pengurus negara pula berpandangan: "Pasukan India dianggap telah layak.

"Dalam Sukan Asia, mereka tidak pernah tercicir dalam kelompok empat pasukan terbaik.

"Sebagai tuan rumah dan (apatah lagi) India sudah sinonim muncul tiga pasukan terbaik, ia juga memberi kelebihan kepada wakil Asia yang lain untuk merebut tiket tambahan itu.

"Bagi saya, ia satu keputusan yang adil kepada pasukan Asia untuk memastikan Piala Dunia di India kelak, sekurang-kurang ada empat pasukan Asia yang layak secara automatik.

Badan induk hoki itu turut mengumumkan penglibatan sukan berkenaan buat kali pertamanya dalam Sukan Olimpik Istimewa 2023.