Pendatang baru Liga Hoki Wanita Malaysia (LHWM), UniKL Ladies, mahu meneruskan rekod cemerlang mereka bagi memburu satu lagi kejuaraan.

Tumpuan juara baru itu kini terarah kepada Piala Vivian May Soars yang akan membuat perhitungan dengan Sabah Ahad ini.

Biarpun baru menyertai liga secara rasmi pada tahun ini, UKL Ladies tampak gah apabila mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus sepanjang lima perlawanan liga.

Sepanjang lalu bergelar juara, mereka hanya bolos dua kali, itu pun dalam perlawanan terakhir liga menentang Young Tigress yang berkesudahan 4-2, semalam.

Lantas, UniKL Ladies diangkat sebagai pilihan utama merebut Piala Vivian May Soars yang bakal menemukan empat pasukan terbaik.

"Kami mungkin akan lawan Sabah.

"Kami pernah berjumpa, kalau kami kekalkan struktur dan disiplin di atas padang, kami boleh menang," katanya kepada wartawan Astro Arena, Adam Zamri.


Nur Atira's hattrick drove champions UniKL Ladies to a 4-2 win over Young Tigress this evening as they completed the...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Wednesday, March 24, 2021


Justeru, pasukan bimbingan Roslan Jamaluddin itu juga optimis laluan untuk ke peringkat akhir.

Keyakinan itu bersandarkan rekod pertemuan liga tempoh hari, yang menyaksikan UniKL Ladies membenam cabaran lawan sama 7-0.

"Kami beri peluang kepada pemain untuk buktikan kemampuan -- untuk lihat sejauh mana kemampuan mereka dalam semifinal kelak.

"Ia satu perlawanan yang berbeza kerana diadakan secara timbal balik.

"Kami perlu buat persiapan terbaik dan saya berharap mereka lebih bersedia selepas ini," kata Roslan.