LHRM: Tujuh pemain tidak dapat pelepasan

By Staff Writer 9 March 2020 417
LHRM: Tujuh pemain tidak dapat pelepasan
Tujuh pemain dikhabarkan tidak mendapat pelepasan untuk menyertai Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM), yang bermula 25 Mac ini, apabila terikat dengan persiapan skuad remaja negara menjelang pusingan kelayakan Piala Dunia Remaja di Dhaka, Bangladesh, Jun depan.

Menurut wartawan Nadi Arena, Bazly Azmi, seramai 25 pemain yang menyertai sesi pemilihan dan latihan skuad negara, kini sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi Piala Remaja Asia di Dhaka.

Kesemua mereka dipilih oleh jurulatih, Wallace Tan, untuk menjalani ujian kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) hari ini.

Kesemua yang terpilih akan menyertai sesi latihan bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kejohanan di Dhaka itu.

Empat pasukan terbaik dalam kejohanan berkenaan akan layak secara automatik untuk menyertai Piala Dunia Remaja di India tahun depan.

Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.
 

About Author

Staff Writer

Comment