Terengganu Hockey Team (THT) memilih untuk menjadikan Hotel Sri Petaling sebagai pangkalan sementara mereka.

Di sebalik disahkan positif COVID-19, tiga pemain terbabit iaitu Faizal Saari, Shello Silverius dan Abdul Khaliq masih tersenarai dalam skuad 21 pemain menjelang Liga Hoki Malaysia (LHM) 2021, 11 Mac depan.

"Kami mula berlatih semalam tanpa pemain yang menjalani kuarantin.

"Program kami dapat diteruskan dan selepas 4 Mac ini, kemudian mereka (yang dijangkiti pandemik itu) akan melaporkan diri bersama pasukan.

"Mereka juga ada menjalani latihan maya ketika ini. Mereka mampu berlatih sejauh 10-12 kilometer, kalau badan mereka tidak kuat, mana mungkin mereka melakukannya.

"Oleh itu, mereka akan bersedia untuk beraksi," kata jurulatih THT, K. Rajan.



Presiden KHM, Dato' Sri Subahan Kamal, bersama Timbalan-Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato' Dr. S. Shamala juga En....

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Saturday, February 27, 2021


Selain THT, pasukan Maybank yang dikemudi oleh Azrul Affendi Bistaman mahu menggunakan kesempatan dua minggu ini untuk memberi penekanan dengan taktikal di atas padang.

"Fokus kami sebelum liga bermula dua minggu lagi ialah latihan di di padang sahaja.

"Ini kerana kami telah memulakan latihan tetapi terhenti sejak bulan lalu beriktuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pemain tetap menjalani latihan di rumah dan kami memantau (perkembangan) mereka sebanyak tiga kali seminggu," katanya.


Former international Nabil Fiqri Mohd Noor has been appointed as an assistant coach for the MHC-NHDP Grassroots...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Sunday, February 28, 2021