LHM 2021: KHM saran patuhi SOP

By Ammar Hakim 2 March 2021 24
LHM 2021: KHM saran patuhi SOP
Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memberi amaran keras terhadap pemain, jurulatih atau pegawai yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) gelembung sukan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2021.

Menjelang saingan yang bakal bermula, badan induk itu bakal melantik pegawai pemantau dalam setiap pasukan bagi memastikan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ketika ini, lapan pasukan lelaki dan enam wanita mengesahkan penyertaan.

"Kami akan mengikut SOP yang ditetapkan di venue pertandingan dan penginapan. Setiap pergerakan telah disusun bagi memastikan penjarakan sosial diikuti," kata pengarah kejohanan LHM 2021, P. Kuganesan.

About Author

Ammar Hakim

Comment