Penyerang sensasi Terengganu Hockey Team (THT), Faizal Saari, diberi talian hayat untuk menyertai Liga Hoki Malaysia (LHM), bermula 11 Mac ini selepas positif Covid-19.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) meletak syarat tiga pemain THT perlu mendapatkan surat kebenaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menyertai liga jika mereka gagal ujian RT-PCR COVID-19, Ahad ini.

Keputusan itu dibuat selepas KHM mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa petugas khas liga.
ujian RT-PCR COVID-19, Ahad ini.

Ketiga-tiga tonggak utama THT sedang menjalani proses kuarantin secara kendiri selepas positif Covid-19, minggu lalu.

Bagi THT, perkembangan ini cukup melegakan kerana ketiga-tiga pemain terbabit bakal menggalas tugas penting.

Malah gergasi Pantai Timur itu yakin Faizal dan rakan-rakan akan kembali ke pangkuan pasukan lebih awal.

"Kami akan mengikut setiap perkara yang telah ditetapkan oleh pihak MKN, KKM serta LHM. Kami berharap ketiga-tiga pemain dapat bersama pasukan dan menjalani latihan seperti biasa," kata pengurus THT, Rafhan Harun.

Dalam perkembangan sama, KHM memilih sebuah hotel di ibu kota sebagai venue gelembung sukan lhm.

Semua 600 pemain, jurulatih dan pegawai perlu menjalani ujian RT-PCR COVID-19 Ahad ini sebelum melapor diri dalam gelembung sukan LHM 10 Mac ini.

Mana-mana individu yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) berdepan hukuman berat termasuk membabitkan pasukan mereka.