Ketua jurulatih hoki negara, Arul Selvaraj, dhimpit dilema tatkala menanti penuh debar sama ada Kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) tetap diteruskan berlangsung di Dakar, Bangladesh, Mac depan ataupun sekali lagi menjadi mangsa penundaan buat kali kedua.

Ura-ura kejohanan itu bakal ditunda sekali lagi bertiup kencang kerana setakat ini hanya tiga negara sahaja yang mampu mengesahkan penyertaan sementara yang lain masih terikat dengan polisi pintu sempadan negara masing masing ekoran penularan mendadak COVID-19.

Jika ia diteruskan, maka Arul pasti berdepan masalah untuk menghimpunkan pemain memandangkan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), khususnya di Lembah Klang.

Ia tidak termasuk proses membuat permohonan menyertai kejohanan ke luar negara kepada pihak Kastam dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sekiranya ditunda ke suatu tarikh yang baru, bekas pengendali UniKL itu tetap perlu mencari ruang kerana bakal bertembung dengan cadangan baru penganjuran Liga Hoki Malaysia (LHM), ini bermakna dia perlu melepaskan pemain ke kelab masing masing.

"Saya mempunyai beberapa perancangan. Saya berharap Persekutuan Hoki Asia (AHF) menetapkan tarikh (penganjuran yang tepat).

"Saya tidak pasti apa yang menyebabkan mereka mengambil ambil masa untuk mengumumkannya, tidak seperti di Eropah.

"Kami perlu dapatkan tarikh sebenar dulu sebelum dapat merangka persiapan," katanya ketika diwawancara maya bersama wartawan Astro Arena, Adam Zamri, hari ini.


Sesi latihan atas talian kendalian Ketua Jurulatih Skuad Hoki Lelaki Negara, A Arul Selvaraj dan Penolong Jurulatih,...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Monday, January 18, 2021


Tiada istilah rehat buat pemain dalam tempoh PKP apabila dia masih tetap memantau rapi kecergasan pemain biarpun di atas talian.

"Saya mengambil positif kejadian dengan menganggap pemain sedar bahawa mereka perlu buat persediaan sendiri.

"Saya dipanggil pulang ke Malaysia bukan untuk buat mereka menang, tapi saya boleh ubah sikap dan mentaliti.

"Yang boleh buat mereka menang ialah mereka sendiri."

Penganjuran LHM 2021 ditunda

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Tuesday, January 12, 2021