AHF ucap takziah atas pemergian Juriah 

By Bernama 4 July 2020 599
AHF ucap takziah atas pemergian Juriah 
Persekutuan Hoki Asia (AHF) menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas pemangku pengarah teknikalnya, Juriah Abdul Wahab Fenner, hari ini.

Presiden AHF, Datuk Fumio Ogura, berkata badan pentadbir Asia itu kehilangan tokoh utama hoki yang telah melakukan sumbangan besar terhadap perkembangan sukan tersebut di Malaysia dan juga di peringkat antarabangsa.

“Ini adalah satu kehilangan yang besar kepada keluarga hoki. Allahyarham merupakan aset yang berharga dalam dunia hoki dan kehilangannya amat dirasai," katanya di laman sesawang AHF www.asiahockey.org.


 

Al-Fatihah Presiden KHM, Dato' Sri Subahan Kamal bersama Timbalan Presiden KHM, Prof. Dato' Dr. S. Shamala serta Ketua...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Saturday, July 4, 2020


Ketua Pegawai Eksekutif AHF, Datuk Tayyab Ikram, turut mengucapkan takziah atas pemergian bekas pengurus pasukan hoki wanita Malaysia itu.

“Saya amat dukacita dengan berita pemergian Cik Juriah. Doa dan ingatan saya bersama keluarga Allahyarham," katanya.

Juriah, 62, meninggal dunia pada kira-kira 11 pagi dipercayai ketika sedang tidur di kampung halamannya. 

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gunung Mesah di Gopeng, Perak pada kira-kira 5 petang.

Presiden Persekutuan Hoki Malaysia Datuk Seri Subahan Kamal turut meluangkan masa untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Juriah.

-- BERNAMA

About Author

Bernama

Comment