Bahang temasya Sukan Komanwel XXI kian terasa apabila sukan terjun dan hoki negara menjadi pasukan pertama berlepas ke Gold Coast dengan membawa satu matlamat yang sama, iaitu untuk mencipta kejayaan buat negara.
Skuad hoki lelaki dan wanita negara serta sembilan penerjun tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2), semalam, kira-kira jam 7 malam.
Mereka hadir bersama keluarga sebelum meninggalkan Malaysia demi sebuah harapan di pentas Gold Coast 2018.
Menjadi antara skuad pertama untuk ke Gold Coast memberi satu keterujaan berbeza kepada mereka yang menganggap saat yang dinanti-nantikan telah pun tiba dengan membawa semangat rakyat Malaysia ke sana.
Beberapa atlet sempat ditemubual bagi mendapatkan ulasan mengenai temasya Gold Coast 2018 yang semakin hampir membuka tirainya pada 4 April ini.
"Ini (berlepas awal) mungkin menjadi pembakar semangat untuk saya dan pasukan. Terima kasih kepada keluarga yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan," kata pemain hoki, Faizal Saari.
"Sudah tentu, saya berasa berdebar-debar kerana perlawanan pun semakin hampir, sekitar 10 hari atau dua minggu lagi. Saya begitu teruja dan ia baik untuk kami," kata kapten pasukan hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani.
Sementara itu, penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, berkata: "Setiap negara ada peningkatan, begitu juga dengan Malaysia. Saya pun tidak sabar untuk beraksi nanti."
Skuad hoki lelaki negara akan memulakan saingan Sukan Komanwel menentang England pada 6 April sementara pasukan wanita akan bertemu India pada hari yang sama.
Sementara itu, acara terjun yang menawarkan 10 emas akan diadakan dari 11 hingga 14 April nanti.
Penulis Jemputan
Tue Mar 27 2018
Piala Sultan Azlan Shah: Sarjit bakal umum 18 pemain barisi Speedy Tigers
Berbaki dua minggu lagi menuju Piala Sultan Azlan Shah, pengendali The Speedy Tigers, Sarjit Singh mengakui bahawa ia merupakan ujian pertamanya untuk mempertahankan kejuaraan tersebut.
Sarjit Singh dilema untuk menamakan senarai akhir 18 pemain
Ketua jurulatih skuad hoki negara, Sarjit Singh, dalam dilema untuk menamakan senarai akhir 18 pemain yang akan menggalas misi mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Azlan Shah, bermula 4 Mei depan di Ipoh, Perak.
Adam Ashraf anggap saiz bukan penghalang untuk rebut tempat
Pemain muda hoki negara, Adam Ashraf Mohd Johari, berjaya meraih kepercayaan ketua jurulatih, Sarjit Singh selepas dipilih untuk berada dalam senarai 30 pemain terbaik ketika masih berusia 18 tahun.
Sarjit serap empat tonggak skuad Piala Dunia Hoki Remaja
Teka-teki wajah baru skuad hoki negara akhirnya terlerai menerusi pengumuman 30 pemain yang melepasi krtieria pemilihan awal daripada 46 pelatih kebangsaan selama dua minggu -- dengan pembentukan skuad kali ini berpaksikan dengan sentuhan pemain muda dari program kempen Piala Dunia Remaja yang lalu.
Ahmad Najmi pengurus baru Speedy Tigers
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, dilantik sebagai pengurus Speedy Tigers bagi menggantikan Datuk Mirnawan Nawawi.
Penjaga gol hoki negara lalui latihan intensif
Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak, dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan bagi menggantikan Datuk Mirnawan Nawawi yang meninggalkan jawatan itu Januari lalu.
Fitri Saari optimis terpilih wakili negara berdepan New Zealand
Tonggak tengah hoki kebangsaan, Muhammad Fitri Bin Saari, optimis dirinya akan tersenarai dalam 30 senarai pendek pemain yang akan dipilih oleh pengendali negara, Sarjit Singh, serta bersama beberapa nama besar lain dalam pasukan itu.
Sarjit gemar pemain versatil, kemarau 3 tahun Akhimullah umpama 'mati hidup kembali'
Pengendali Hoki Negara, Sarjit Singh pula memberi gambaran bahawa dia lebih gemar memilih pemain yang mampu beraksi dalam beberapa posisi berlainan, mengambil kira era moden hoki.
Syafiq Hassan anggap peluang kedua umpama 'Panggilan Dari Ilahi'
Pemain pertahanan hoki negara, Syafiq Hassan menganggap peluang kembali bersama skuad kebangsaan umpama 'Panggilan Dari Ilahi', selepas dipilih bagi menggantikan T. Perabu yang menarik diri atas urusan peribadi bagi melengkapkan senarai 46 pemain.
Sedihnya bila hilang kawan...
Arena hoki negara kehilangan seorang permata dalam sukan tersebut selepas wartawan senior, Jugjet Singh Randhawa, meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, petang tadi.
Luis Enrique confident PSG are in perfect form with three titles up for grabs
Still fighting on three fronts, Luis Enrique is confident that Paris Saint-Germain have what it takes to finish the season strongly.
Rybakina continues clay winning streak with victory over Bronzetti
It is one year since Elena Rybakina lost a match on clay, a streak that continued with a straight sets second-round win in Madrid.
'Did anyone expect us to be champions?' – Klopp not ready to assess final season at Anfield
Jurgen Klopp's final season in charge of Liverpool is in danger of fizzling out, but the Reds boss is not giving up just yet.
Tuchel insists Bayern Munich coach search not affecting team's focus
With their match against Real Madrid looming large, Bayern Munich are not losing focus amid the search for a new coach.
'It is not just Kohli contributing now' – Du Plessis relieved by RCB's IPL improvement
'It’s not just Kohli contributing'
Slot gets Klopp's nod of approval as Liverpool close in on Feyenoord coach
Klopp a fan of Reds candidate Slot
'It's a poor season, not a poor football club' – Blades boss Wilder
Sheffield United will be relegated from the Premier League should they lose to Newcastle United at St James' Park on Saturday.
Howe does not want 'constant speculation' over Guimaraes' future
Howe keen for Bruno resolution
Lakers will 'play 'til the wheels fall off', vows LeBron James
LeBron: Playoffs are about pressure
Embiid reveals Bell's palsy diagnosis after historic 50-point performance versus Knicks
Embiid suffering from Bell's palsy