Pemain badminton utama negara, Datuk Lee Chong Wei, menghadiahkan pingat emas yang keenam buat Malaysia menerusi acara perseorangan lelaki Sukan Komanwel Gold Coast 2018 selepas menewaskan pemain nombor satu dunia dari India, Srikanth Kidambi, 19-21, 21-14, 21-14 dalam aksi final di Carrara Sports Arena, sebentar tadi.
Selepas tewas di tangan lawan sama sewaktu beraksi dalam saingan berpasukan campuran, Chong Wei turun dengan misi untuk membalas dendam selain mahu menyamai rekod Koo Kien Keat meraih emas kelima di pentas Komanwel.
Bagaimanapun, aksi sengit dalam set pertama membuktikan kekuatan fizikal yang dimiliki Srikanth menjadi pemisah apabila menundukkan pemain nombor satu negara itu 21-19.
Tersentak dengan kekalahan itu, Chong Wei memperkemaskan permainan untuk mendahului 5-0 di awal set kedua, sebelum Srikanth bangkit untuk menjadikan kedudukan 7-5.
Aksi yang konsisten sambil mengurangkan kesilapan mudah membolehkan Chong Wei terus meraih mata demi mata untuk mengheret pemain nombor satu dunia itu ke set penentuan selepas menang 21-14 dalam tempoh 21 minit.
Bersambung ke set ketiga, Chong Wei bermula dengan langkah kanan, apabila berada di depan 7-1 sebelum menjarakkan pendahuluan kepada 16-8.
Pemain berusia 35 tahun itu mengesahkan kutipan emas keenam buat Malaysia apabila menamatkan set penentuan 21-14, sekali gus melengkapkan emas kelima peribadi dalam saingan Komanwel.
"Saya tidak begitu memikirkannya kerana ini adalah penampilan terakhir di Komanwel, jadi saya mempertaruhkan segalanya. Lawan adalah pemain nombor satu dunia, sukar dikalahkan dan saya tewas di tangannya dalam acara berpasukan.
"Untuk bangkit, saya memerlukan mental yang sangat kuat, terutama selepas tewas dalam set pertama. Saya tidak berputus asa dan terus cuba.
"Saya cuba mengikut rentaknya kerana dia masih muda dan bermain dengan pantas, jadi saya terus mendapatkan mata demi mata," kata Chong Wei.
Penulis Jemputan
Sun Apr 15 2018
Goh Jin Wei akan sertai kem latihan khas sebelum ke Paris 2024 -- Nova Armada
Jurulatih, Nova Armada, berkata Goh Jin Wei akan menyertai satu kem latihan khas selepas pememang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Masters Sepanyol: Leong Jun Hao mara ke suku akhir
Pemain perseorangan lelaki, Leong Jun Hao mengesahkan slot suku akhir Sepanyol Masters Super 300 selepas menewaskan pilihan keenam dari Taiwan, Lin Chun Yi dalam perlawanan pusingan ketiga pada Khamis.
Sukan Olimpik: Goh Jin Wei simpan hasrat tersenarai dalam RTG
Perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei, menyimpan hasrat untuk merebut peluang yang terhidang sekiranya terdapat perubahan dari segi penyenaraian nama meskipun dia tidak berada dalam senarai atlet Program Road To Gold (RTG) 2024, di Paris nanti.
Kejohanan Asia atau lupakan Sukan Olimpik buat Ng Tze Yong
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, memberikan perkembangan buat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong.
Piala Uber: Skuad negara realistik ketepi Pearly-Thinaah di Chengdu
Tiada niat untuk memperkecil pasukan Piala Uber negara sebaliknya Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, bersikap realistik peluang pasukan wanita untuk mencipta impak di Chengdu, China dan atas faktor itu
Lee Zii Jia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, secara tidak rasmi sudah mengesahkan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Terbuka Switzerland: Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara dalam percubaan final ketiga
Goh Soon Huat-Shevon Lai akhirnya bergelar juara beregu campuran Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas rentetan dua kekecewaan di pentas final yang lalu.
Terbuka Switzerland BWF: Peluang dua beregu campuran negara berentap dalam final
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menempah tiket ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland selepas mengetepikan pencabar dari Thailand, sebentar tadi.
"Tze Yong tarik diri Masters Sepanyol, perlu keajaiban ke Olimpik"- Rexy
Pengarah Kejurulatihan Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky mengesahkan perseorangan negara, Ng Tze Yong mengumumkan penarikan dirinya dari Sepanyol Masters susulan masih dibelenggu kesan kesakitan dari kecederaan 'slip disk' susulan pembedahan kecil yang dilakukan pada bahagian pinggang belakangnya sebelum ini.
Rexy sasar dua kejuaraan buat Aaron-Wooi Yik sebelum ke Sukan Olimpik Paris
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky ingin beregu sensasi negara, Aaron Chia- Soh Wooi Yik untuk menjuarai sekurang-kurangnya dua kejohanan iaitu pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo pada 9 hingga 14 April dan Terbuka Indonesia pada 4 hingga 9 Jun ini.
I will stay at Bayer Leverkusen – Xabi Alonso rules out summer move to Liverpool
The Spaniard is in charge of the Bundesliga leaders and had been linked with the Reds and Bayern Munich.
Erik ten Hag expects Kobbie Mainoo to handle the hype after England debut
Manchester United midfielder Mainoo continued an impressive campaign by making his international debut.
Harry Kane passed fit to return for Bayern Munich in Borussia Dortmund showdown
Kane was unable to feature for England during the international break due to an ankle injury but is fit to return.
Eddie Howe hoping FA does not ‘throw the book’ at suspended Sandro Tonali
The 23-year-old is currently serving a 10-month ban.
Andy Murray to miss tournaments in Monte Carlo and Munich due to ankle issue
It is also uncertain when the Scot will be back on court.
'Kobe would be proud' – Murray the star as Hawks down Celtics again
Hawks hero Murray shouts out Bryant
Football rumours: Manchester United join the pursuit of Dani Olmo
Real Madrid, Manchester City, Chelsea and Tottenham are also tracking the Spain winger.
England Women wrap up 4-1 series victory in New Zealand
Nat Sciver-Brunt starred with bat and ball.
Mental willpower is so crucial, says Marin after All-England, Swiss Open success
Carolina Marin, a recent double champion on the World Tour emphasized the importance of creating a powerful mental weapon as she looks to hunt another Olympic gold after missing the last one through injury.
On this day in 2012: England appoint Stuart Lancaster as head coach
Lancaster was put in charge after impressing during an interim stint.