Dua pemenang emas negara daripada sukan angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad dan Muhammad Aznil Bidin, berkongsi kisah kejayaan mereka dalam Sukan Komanwel di Gold Coast.
Azroy, yang bersaing dalam kategori 56kg, melahirkan kelegaannya kerana mampu menyumbang emas sekalipun berasakan boleh melakukan angkatan lebih baik, terutama dalam clean and jerk.
"Saya ada cakap kepadanya (pengurus, Amirul Hamizan Ibrahim) untuk memecahkan rekod clean and jerk tetapi saya memikirkan lutut saya ada cedera. Dia cakap, tak apa, dalam Sukan Komanwel kali ini, pecahkan dua rekod dahulu.
"Mungkin saya boleh lakukan dalam temasya seterusnya. Semalam, tenaga ada tetapi tidak boleh buat kerana cedera di lutut. Syukur, saya akhirnya menghadiahkan satu emas untuk Malaysia," katanya.
Azroy semalam memecah rekod Sukan Komanwel dengan angkatan keseluruhan 261kg untuk merangkul emas kategori 56kg di Arena Sukan Carrara.
Dia melakukan angkatan 117kg menerusi snatch untuk memadam rekod 116kg yang dicipta Amirul dalam temasya di New Delhi 2010.
Momentum itu diteruskan Azroy dalam clean and jerk dengan melakukan angkatan terbaik 144kg.
Mengumpul 261kg keseluruhan, Azroy juga mengatasi rekod Komanwel 16 tahun milik Amirul (260kg) yang dilakukannya di Manchester pada 2002.
Dalam pada itu, Aznil yang turut cemerlang menghadiahkan pingat emas kedua menerusi kategori 63kg, mengakui Amirul banyak membantunya sehingga melakar kejayaan.
"Saya ada sasaran peribadi untuk mendapatkan emas tetapi di atas kertas saya berada di ranking kedua. Dengan strategi yang diterapkan Amirul dan jurulatih, akhirnya saya dapat emas.
"Saya sangat gembira dan tidak menjangka keputusan ini. Terima kasih kepada jurulatih dan pengurus.
"Kegemaran saya adalah clean and jerk. Dalam angkatan kedua, saya sudah yakin dapat emas. Tetapi dalam angkatan terakhir, saya lebih bersemangat kerana dalam sesi latihan pun saya tidak pernah buat," katanya.
Aznil memberi kejutan yang cukup bermakna buat kontinjen negara menerusi angkatan 126kg dalam snatch dan 162kg dalam clean and jerk untuk jumlah angkatan keseluruhan 288kg.
Penulis Jemputan
Fri Apr 06 2018
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026 berikutan negara di seberang tambak itu sebelum ini menimbangkan untuk menjadi tuan rumah temasya ketiga tertua di dunia itu.
Aniq Kasdan positif Malaysia negara kuat dalam angkat berat
Jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, menganggap satu kerugian sekiranya temasya Sukan Komanwel 2026 tidak dapat diadakan di Malaysia berikutan dia merupakan pemenang pingat emas pada edisi lalu.
MOM hormati keputusan kerajaan tidak anjur Sukan Komanwel 2026
Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hormati keputusan Kerajaan Malaysia hari ini untuk tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) untuk menganjurkan Sukan Komanwel 2026.
TERKINI: Malaysia tidak setuju terima tawaran tuan rumah Sukan Komanwel 2026
Kementerian Belia dan Sukan hari ini mengumumkan keputusan Kerajaan tidak menerima tawaran daripada Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) sebagai tuan rumah temasya Sukan Komanwel 2026.
KBS akan pastikan kos Sukan Komanwel tidak lebih RM602 Juta
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan menjadi hos kepada Sukan Komanwel 2026 sekiranya kos untuk mengajurkan temasya itu perlu dibiayai menggunakan wang pembayar cukai.
KBS sedia lantik badan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melantik badan pengawal untuk melaksanakan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026 sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menganjurkan temasya sukan itu.
Nicol David imbas momen indah Sukan Komanwel 1998
Atlet negara berada dalam mod sedia untuk sebarang kejohanan atau temasya, termasuk Sukan Komanwel 2026 sekiranya Malaysia memutuskan untuk menganjurkannya dua tahun lagi selepas Victoria, Australia menarik diri.
Singapura tunjuk minat anjur Sukan Komanwel 2026
Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Nazifuddin Najib, bertegas isu bajet terlalu tinggi tidak timbul memandangkan pengecilan bajet penganjuran mengikul model Sukan Sea 2017 bakal di guna pakai.
Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel -- Reezal Merican
Malaysia wajar menilai secara menyeluruh dan mendalam sebelum membuat keputusan menerima tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) bagi menggantikan Victoria, Australia yang menarik diri sebagai tuan rumah temasya itu pada 2026.
Malaysia terus mengatur langkah ke arah Sukan Komanwel
Jawatankuasa Pilihan Khas Pembinaan Negara Bangsa, telah bersetuju untuk memanggil Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bagi menerima taklimat lanjut berkenaan kewajaran penganjuran Sukan Komanwel 2026, dua tahun lagi.
NBA: Heat get even with Celtics; Thunder roll Pelicans for 2-0 lead
The Heat sank a franchise playoff-record 23 3-pointers to tie the Celtics 1-1 and the Thunder cruised to a 2-0 lead over the Pelicans
Van Dijk: Liverpool have 'no chance' in title race after derby defeat
Van Dijk: Defeat dents title hopes
Coventry City 2-3 Hull City: Tigers win five-goal thriller to keep play-off hopes alive
Hull City boosted their play-off hopes, and all but ended those of Coventry City, with a huge win on Wednesday.
Howe: Newcastle performance in Palace defeat 'way off' Spurs win
Howe: Newcastle fell way short
Dyche challenges Everton to 'go and do it again' after crucial derby victory
Dyche asks Everton to 'go again'
Man Utd matchwinner Fernandes: Criticism part of the job
Fernandes shrugs off criticism
Atalanta 4-1 Fiorentina (4-2 aggregate): Gasperini's team into Coppa Italia final
Report: Atalanta 4-1 Fiorentina
Premier League record falls as 2023-24 becomes most goal-laden 20-team season
Harry Maguire found the net against his former club Sheffield United on Wednesday, making a piece of Premier League history in the process.
Wolves 0-1 Bournemouth: Semenyo strike decisive as Cherries leapfrog hosts
Report: Wolves 0-1 Bournemouth
PSG made to wait for Ligue 1 title after Monaco overcome Lille
Kylian Mbappe and Co. must wait for their Ligue 1 title to be confirmed after Monaco delayed PSG's top-flight celebrations.