Juara MPL Indonesia, RRQ, dinobatkan sebagai juara Piala Jemputan MPL 4 negara selepas menewaskan pasukan Singapura, Resurgence, 3-0 dalam aksi final hari ini.

Menariknya, pasukan itu langsung tidak melepaskan sebarang mata sepanjang kejohanan itu bagi membuktikan bahawa mereka pasukan terbaik di rantau ini.



Resurgence mengejutkan ramai pihak dengan pemilihan barisan permulaan yang agak aneh dengan memilih Hildam, Wanwan, Gusion dan Johnson -- watak yang jarang disaksikan dalam pemilihan meta terkini.

RRQ memenangi perlawanan pertama pada minit ketiga, yang memberikan mereka penguasaan sepanjang pertarungan itu.

Sejak itu, mereka memaparkan dominasi yang membantu Xin's Ling mamperkan aksi konsisten meraih mata demi mata.

Pada minit ketujuh, RRQ berkelebihan 8,000 emas dan walaupun Resurgence cuba memberikan aksi terbaik, percaturan licik mereka gagal memberikan impak.


Resurgence menggunakan barisan yang agak biasa dalam perlawanan kedua tanpa Assassin atau Marksman yang terlalu menonjol untuk ly4ly4ly4.

Mereka memilih untuk memilih barisan yang lebih bertahan lama dengan Esmaralda menjadi pemain penting untuk mereka melakukan serangan balas terhadap Xin's Ling.

Bagaimanapun, Juara MPL MY/SG itu gagal menggoncangkan pertahanan RRQ sepanjang perlawanan.

Ia menyaksikan mereka lebih kerap melarikan diri daripada pertempuran utama untuk tewas perlawanan kedua.



Dalam perlawanan ketiga, RRQ terus membuktikan kekuatan mereka apabila R7 memilih Balmond walaupun ia kelihatan tidak sesuai dengan meta pasukannya.

Pun begitu, mereka hanya kehilangan satu menara sehingga ke penghujung permainan.

Pada minit ke-15, pasukan Indonesia itu mendahului dengan 10,000 emas sebelum menamatkan saingan dengan kemenangan 3-0 bagi menjuarai saingan berkenaan.



Terdahulu, satu-satunya wakil negara, Geek FAM, tersingkir awal selepas tewas kepada wakil Myanmar, Burmese Ghoul.

Naib juara MPL MY/SG itu gagal mengekalkan penguasaan dalam game pertama sebelum akur untuk tunduk dalam dua game berikutnya.




*Dialih bahasa daripada: egg.network