Zinedine Zidane menjangkakan musim sukar buat Real Madrid selepas jaringan Casemiro pada minit ke-93 menyelamatkan mereka daripada diaibkan Borussia Monchengladbach dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Dua jaringan Marcus Thuram memberikan Gladbach mendahului di Borussia-Park tetapi jaringan lewat daripada Karim Benzema dan Casemiro mengelakkan Real daripada mengalami kekalahan keempat berturut-turut dengan seri 2-2, awal pagi tadi.



Gladbach menjadi lawan ke-30 ditembusi Benzema dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) -- hanya Lionel Messi (36), dan Cristiano Ronaldo dan Raul (kedua-duanya 33) telah menjaringkan lebih banyak pasukan dalam sejarah pertandingan itu.

Kebangkitan telah menyelamatkan maruah Real selepas siri kesilapan barisan pertahanan ketika berdepan kelab Bundesliga itu.

Di sebalik bergelut buat kali kedua dalam saingan UCL, berikutan kekalahan 3-2 kepada Shakhtar Donetsk sebelum ini, ketua jurulatih, Zidane, mempertahankan pemain-pemainnya.

"Kami tidak menyangka drama sebegini," kata Zidane. "Tetapi pasukan saya menunjukkan bahawa mereka tahu bagaimana bertindak balas.

"Saya fikir kami sangat bagus dalam separuh masa pertama. Kesakitan yang besar adalah bahawa kita melakukan kesalahan serius dalam bagaimana kita melepaskan gol pertama mereka.

"Tetapi keputusan perlawanan ini hanyalah satu lagi demonstrasi watak yang dimiliki oleh pasukan saya. Kami selalu bermain untuk menang dan menunjukkan rasa lapar untuk menang. Tidak mungkin kami gembira dengan keputusan seri."


Keputusan ini menyaksikan Real sekadar meraih satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan dalam empat perlawanan bagi semua pertandingan, dan Zidane perlu membuat persiapan bagi dua aksi di laman sendiri berdepan Huesca dalam saingan LaLiga dan Inter bagi perlawanan UCL.

Gagal meraih mata penuh dalam dua perlawanan tersebut meletakkan pengendali kelahiran Perancis itu berdepan ancaman tetapi dia sentiasa yakin dengan kemampuan barisan pemainnya.

"Kami tidak mengubah kawalan permainan kepada peluang menjaringkan gol," kata Zidane.

"Kami akan mengambil pengajaran ini dan pemain-pemain tahu bagaimana untuk bertindak balas. Ini merupakan mata yang penting.

"Real bakal berhadapan musim yang sukar, tetapi saya berbangga dengan pasukan. Bermain dengan baik untuk melepasi pusingan seterusnya tanpa sebarang keraguan."