Zinedine Zidane mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap "aksi terburuk" Real Madrid musim ini selepas pasukannya tewas 1-2 kepada Real Betis dalam LaLiga di Staidum Benito Villamarin awal pagi tadi.

Bekas penyerang Barcelona, Cristian Tello, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-82 untuk Madrid kekal ketinggalan dua mata di belakang seteru itu biarpun memenangi pertembungan 'Clasico' minggu lalu.

Zidane sunggup menerima sebarang kecaman susulan kekalahan itu walaupun gol sepakan penalti Karim Benzema pada awalnya dapat menafikan jaringan pembukaan Sidnei dalam babak pertama.

"Saya menyalahkan diri saya terhadap segala-galanya. Saya yang bertanggungjawab," kata ketua jurulatih Madrid itu.

"Saya tidak akan menjelaskan apa yang berlaku tetapi ia merupakan aksi terburuk kami musim ini."

Dengan hanya berbaki 11 perlawanan dalam LaLiga, Madrid -- yang kali terakhir dinobatkan sebagai juara liga pada 2017 -- hanya ketinggalan dua mata di belakang Barca.

Ketika mempertahankan pemainnya, Zidane berkata bahawa mereka kini sudah menyedari segala kelemahan yang perlu diperbaiki.

"Saya akan mempertahankan pemain saya, jika ada sesuatu untuk diperkatakan, saya akan memberitahu mereka.

"Kami kehilangan banyak bola, di mana ia tidak pernah berkalu kepada kami dan itulah masalah kami," katanya.