Zinedine Zidane menganggap memenangi LaLiga sebagai pengurus adalah "hari yang paling gembira dalam hidup" selepas pasukannya, Real Madrid, meraih kemenangan 2-0 di Malaga, awal pagi tadi.

Gol daripada Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema memberikan Real kemenangan keenam berturut-turut untuk memastikan kejuaraan, mengatasi Barcelona buat kali pertama dalam tempoh lima tahun.

Dan Zidane menyatakan nikmat pencapaian itu mengatasi apa yang dia alami ketika menjadi pemain Real, dengan LaLiga pada 2002/03 dan Liga Juara-Juara pada 2001/02 antara sebahagian daripada kejayaan domestik dan Eropah dimilikinya.

"Kami amat gembira," kata Zidane kepada Movistar Plus selepas perlawanan awal pagi tadi. "Kami menguasai salah satu liga yang paling menarik di dunia dan memenanginya di sini dan dengan gaya ini adalah indah.

"Selepas jurulatih, tiada pencapaian profesional yang lebih tinggi. Ini adalah hari yang paling gembira dalam hidup saya.

"Ia sangat istimewa dan walaupun merit itu adalah milik semua orang, ia lebih kepada pemain. Kunci kejayaan ada di sana, dalam kumpulan."

Zidane, pada musim penuh pertamanya sebagai pengendali, kini akan menyiapkan pemain untuk berdepan Juventus -- satu lagi bekas kelabnya -- dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Cardiff pada 3 Jun tetapi skuadnya terlebih dahulu akan mengambil masa menikmati kejayaan domestik mereka.

"Saya akan menikmati apa yang kami lakukan hari ini," katanya. "Saya tidak fikir tentang Cardiff hari ini.

"Tiada kata-kata untuk menjelaskannya. Saya ingin tampil dan menari tetapi saya tidak akan melakukannya. Saya sangat gembira di dalam.

"Sebagai seorang jurulatih Real, anda tahu jangkaannya. Ia adalah tinggi dan kami tahu. Saya sukakannya.

"Saya hidup sebagai seorang pemain dan bagi saya, hari ini adalah hari yang paling gembira secara profesional. Jurulatih sama sekali mengubah sesuatu. Saya memenangi segala-galanya dengan baju ini tetapi memenangi liga hari ini adalah maksimum."