Luis Suarez memuji perwatarkan dipamerkan Atletico Madrid apabila berusaha untuk melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas Osasuna yang memastikan mereka di puncak LaLiga.

Harapan Atleti menjuarai takhta liga dalam tujuh tahun berdepan masalah di Wanda Metropolitano semalam apabila Ante Budimir meletakkan Osasuna di hadapan.

Ia merupakan jaringan yang ketujuh pemain kebangsaan Croatia itu menerusi tandukan musim ini -- tiada pemain dalam LaLiga meraih lebih -- tetapi skuad kendalian Diego Simeone mengubah situasi perlawanan dalam lapan mini terakhir.

Pemain gantian, Renan Lodi meledak gol penyamaan dan Suarez, yang menggegar palang da terlepas beberapa peluang terbaik, memastikan kemenangan dengan jaringan di penghujung permainan.

Kemenangan itu memastikan skuad kendalian Simeone menunju ke perlawanan bertemu Real Valladolid pada hari terakhir musim hanya memerlukan keputusan yang sama dengan Real Madrid yang berdepan Villarreal untuk mengakhiri saingan di puncak.

Jaringan Suarez terhasil menerusi percubaan buat kali ketujuh perlawanan dan pemain Uruguay itu mengakui pasukannya terpaksa sengsara bagi mendapatkan kemenangan ke-25 musim ini.

"Terdapat saat-saat kebahagiaan, kami tidak layak menderita seperti yang kami alami," katanya kepada Movistar.

"Kami kehilangan banyak peluang -- khususnya saya. Tetapi untuk memenangi liga, anda harus menderita, seperti yang ditunjukkan hari ini. Saya tahu kami akan menderita di sini, tetapi tidak begitu banyak.

"Usaha dan pengorbanan pasukan itu hebat, dengan ramai individu yang berusaha sehingga kelab dapat mencapai objektifnya. Sekarang kami berpeluang untuk berehat dan bersiap untuk pertandingan berikutnya."