Manchester City mempamerkan kebangkitan luar biasa bagi meraih kelebihan dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) ke atas Paris Saint-Germain (PSG), Kevin De Bruyne dan Riyad Mahrez meledak gol untuk menang 2-1 sebentar tadi.

Perlawanan sengit di Parc des Princes menyaksikan PSG mendahului minit ke-15 menerusi kapten Marquinhos -- kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan pangkal paha --menanduk masuk hantaran Angel Di Maria menerusi sepakan sudut.

Bagaimanapun, City bangkit dalam separuh masa kedua, jaringan penyamaan berjaya terhasil menerusi De Bruyne apabila hantarannya ke dalam kotak penalti disambar mana-mana pemain sebelum memasuki gawang.

Kemenangan ke-18 di tempat lawan bagi skuad kendalian Pep Guardiola dilengkapkan apabila sepakan percuma Mahrez menemui ruang melepasi benteng pertahanan PSG.



Selepas kehilangan kawalan permainan, PSG kemudian hilang sabar pada penghujung permainan, Idrissa Gueye dilayangkan kad merah selepas melakukan terjahan terhadap Ilkay Gundogan.