Tuchel puji persembahan Kean

By Ammar Hakim 25 October 2020 208
Tuchel puji persembahan Kean
Thomas Tuchel memuji Moise Kean selepas penyerang itu menjaringkan gol pertamanya bersama Paris Saint-Germain (PSG) ketika menang 4-0 ke atas Dijon.

Kean, yang menyertai PSG secara pinjaman dari Everton awal bulan ini, meledak dua gol semalam sebelum Kylian Mbappe hadir daripada bangku simpanan yang turut meledak dua gol.

Pemain Everton yang berhijrah dari Juventus pada 2019, Kean sekadar membuat enam penampilan dalam kesebelasan utama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Selepas PSG kembali ke puncak liga, Tuchel gembira dengan Kean, yang membuat penampilan ketiga bersama kelab.

"Dia membawa masuk intensiti dalam permainan kami. Kekuatannya itulah intensiti yang dibawa masuk. Seorang pemain yang lincah," katanya.

"Saya gembira kerana dia dapat mempamerkan kemampuannya ketika berdepan Nimes dan Dijon. Sukar buat dirinya ketika bertemu Manchester [United], ia merupakan tahap yang berbeza.

"Dia membuktikan dia mampu membantu pasukan dalam perlawanan sebegini. Kami tidak boleh menjangkakan terlalu banyak daripadanya, dia tidak banyak beraksi bersama Everton. Dia perlu terus mempertingkatkan lagi mutu permainannya."
 

Kean digantikan oleh Mbappe pada minit ke-73 dan bintang Perancis itu turut meledak dua gol dalam perlawanan ini.

Neymar melakukan dua assist dan terlibat dalam lapan ketika berdepan Dijon bagi saingan Ligue 1 (empat gol dan empat assist) -- lawan kegemarannya.
 

About Author

Ammar Hakim

Comment